Tuesday, November 23, 2010 0 comments By: +Cikgu Sa'amiza Blog+

Aktiviti pengajaran untuk pelajar yang berpencapaian tinggi

Topik: Isipadu cecair

Bidang: Menyukat isipadu cecair dalam liter.

Objektif Pembelajaran: Di akhir pengajaran pelajar dapat menyukat isipadu cecair dalam liter dengan tepat.

Hasil pembelajaran: Di akhir pembelajaran pelajar dapat menyukat isipadu cecair dalam liter dengan menggunakan silinder penyukat dengan tepat.

Impak:


  1. Pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan kecil di mana setiap kumpulan terdiri daripada 3 hingga 4 orang ahli.
  2. Pelajar akan memberikan tumpuan kepada penerangan yang diberikan oleh guru.(Penerangan dibuat secara kelas). 
  3. Pelajar akan melihat cara menyukat isipadu cecair dengan betul.
  4. Pelajar dikehendaki berada di dalam kumpulan masing-masing
  5. Setiap kumpulan dikehendaki mengeluarkan bahan-bahan yang telah disenaraikan oleh guru untuk membuat ujikaji (Jag, mangkuk, alat sukatan standard dalam liter)
  6. Pelajar dikehendaki menuang air di dalam jug ke dalam alat penyukat sehingga habis. Keputusan ujikaji akan ditulis di dalam borang jawapan yang telah disediakan.
  7. Ulang aktiviti 6 dengan air di dalam mangkuk.
  8. Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan borang maklumat yang perlu diisi setelah ujikaji dijalankan serta air yang dicampurkan pewarna supaya ia dapat dilihat dengan lebih jelas lagi.
  9. Peruntukan masa antara diberikan antara 5 hingga 7 minit bagi setiap kumpulan
  10. Guru akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa ketika ujikaji berjalan bagi memastikan aktiviti pembelajaran berjalan dengan lancar.
  11. Wakil dari setiap kumpulan akan ke hadapan kelas bagi membentangkan hasil dapatan daripada ujikaji yang telah mereka jalankan.
  12. Bagi mengukuhkan lagi pengetahuan pelajar, kumpulan mereka dikecilkan kepada 2 orang setiap kumpulan.
  13. Setiap kumpulan akan bermain permainan " Mari meneka isipadu cecair"
  14. Setiap pelajar dikehendaki memberi nama timbangan bagi diri sendiri seperti Kancil,Waja, Wira atau sebagainya.
  15. Setiap kumpulan akan diberi 2 biji jag yang berlainan saiz, borang jawapan dan silinder penyukat.
  16. Setiap peserta dikehendaki meneka isipadu cecair bagi setiap bekas yang disediakan, setiap tekaan pelajar dikehendaki diisi di dalam borang yang disediakan.
  17. Dengan menggunakan alat penyukat 1 liter, pelajar dikehendaki menyukat air di dalam setiap jag dengan mengisi 1 liter setiap kali sukatan dibuat.

  18. Ulang aktiviti 12 bagi besen B pula.
  19.Isikan hasil dapatan daripada aktiviti yang dijalankan di dalam borang yang disediakan bagi setiap 
       pelajar.

  20. Borang tersebut akan ditampal di ruangan pelajar.

Aktiviti pengajaran untuk pelajar yang berpencapaian rendah

Topik:  Isipadu cecair

Bidang: Membanding dan menyukat isipadu cecair.

Objektif Pembelajaran: Di akhir pengajaran pelajar dapat membanding dan menyukat isipadu cecair dengan tepat.

Aktiviti Pembelajaran: Di akhir pembelajaran pelajar dapat membanding dan menyukat isipadu cecair dengan menggunakan non standard units.

Impak:
  1. Pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan kecil di mana setiap kumpulan terdiri daripada 3 hingga 4 orang ahli
  2. Pelajar akan memberikan tumpuan kepada penerangan yang diberikan oleh guru. (Penerangan dibuat secara kelas)
  3. Pelajar akan melihat cara menyukat isipadu cecair dengan betul
  4. Pelajar dikehendaki berada di dalam kumpulan masing-masing
  5. Setiap kumpulan dikehendaki mengeluarkan bahan-bahan yang telah disenaraikan oleh guru untuk membuat ujikaji. (Jag, botol air mineral besar, gelas polistrin)
  6. Jaq dan boto; mineral akan diisi dengan air berwarna supaya pelajar akan dapat melihat dengan lebih jelas lagi.
  7. Pelajar dikehendaki menuang air di dalam jag ke dalam gelas polistrin sehingga habis.Keputusan ujikaji akan ditulis di dalam borang jawapan yang disediakan.
  8. Ulang aktiviti 7 dengan menggunakan air di dalam botol mineral.
  9. Peruntukan masa antara diberikan antara 5 hingga 7 minit bagi setiap kumpulan.
  10. Guru akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa ketika ujikaji berjalan bagi memastikan aktiviti pembelajara  berjalan dengan lancar.
  11. Wakil daripada setiap kumpulan akan kehadapan kelas bagi membentangkan hasil dapatan daripada ujikaji yang telah mereka jalankan.
  12. Bagi mengukuhkan lagi pengetahuan pelajar kumpulan mereka dikecilkan kepada 2 orang setiap kumpulan.
  13. Setiap kumpulan disediakan dengan 1baldi besar yang mengandungi air dan 2 biji besen yang berlainan saiz iaitu besen A dan besen B. 


   14. Gunakan gelas polistrin tadi untuk memasukkan air dari dalam baldi ke dalam besen A sambil
          mengira jumlah gelas air yang dimasukkan.
   15. Ulang aktiviti 12 bagi besen B pula.
   16. Isikan hasil dapatan daripada aktiviti yang dijalankan ke dalam borang yang disediakan bagi setiap
         pelajar. 
  1. Murid dikehendaki menampal borang tersebut ke dalam buku latihan masing-masing.